-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Aurat Lelaki

Aurat LelakiSering kali kita dengar pembincangan pasal aurat wanita, dan amat jarang sekali orang nak bercakap pasal aurat lelaki, kenapa? Ia tak penting kah, tidak seperti aurat wanita?

Batas aurat lelaki berbeza dengan aurat wanita. Lelaki hanya perlu menutup aurat di kawasan dari paras pusat hingga ke parasa paha sahaja, walaupun ada banyak pendapat, namum pendapat ini adalah yang terbaik untuk kita ikuti.

Batas Aurat Lelaki Sesama Lelaki

Walaupun kita berada sesama kaum lelaki sahaja, namum batas aurat masih perlu dijaga, tidak harus seseorang lelaki itu melihat terus kepada aurat lelaki lain dan memegangnya walaupun tanpa syahwat kecuali didalam keadaan darurat. 
Bagi kawasan badan yang bukan aurat, lelaki lain boleh melihat dan menyentuhnya namum dengan syarat tanpa syahwat.

Batas Aurat Lelaki Dengan Wanita

Batas aurat lelaki dengan wanita pula ada 3 keadaan :

1). Jika bersama suaminya - Tiada batasan aurat diantara pasangan suami isteri. Jadi harus dia melihat ke seluruh tubuh badan suaminya. Namum adalah makruh jika melihat terus kemaluan. Selain itu tiada had juga dalam sentuhan sesama suami isteri, walaupun dengan syahwat.

2). Jika bersama mahramnya - Dibolehkan melihat dikawasan bukan batas aurat. Iaitu kawasan selain antara pusat dan lutut. Sentuhan pula seperti bersalaman atau sentuhan, dengan syarat diluar kawasan aurat dan tanpa syahwat.

3) Jika bersama bukan mahramnya (lelaki ajnabi) - Dibolehkan dia melihat dikawasan bukan aurat lelaki tersebut, tetapi dengan syarat tidak menimbulkan fitnah dan tanpa padangan syahwat. Dan dilarang keras daripada bersentuhan walaupun untuk bersalaman, walaupun tanpa syahwat.

Batas Aurat Lelaki Dalam Solat

Batas aurat lelaki ketika mengerjakan solat adalah sama juga seperti batas aurat ketika diluar solat, iaitu daripada paras pusat hingga ke paras lutut. Dan menutup aurat adalah wajib ketika solat menurut ijmak ulamak.

Apakah hukum lelaki mengerjakan solat tanpa berbaju?

Ada juga isu yang sering dibangkitkan adalah sola lelaki solat tak pakai baju, cuma pakai kain pelikat sahaja.

Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. menyebutkan;

لاَ يُصَلِّي أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْواحِدِ، لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ مِنْهُ شَيْء
“Janganlah sesiapa dari kamu mengerjakan solat dengan satu pakaian sahaja di mana tidak ada di atas bahunya satu pakaian pun” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Berdasarkan hadis ini, mengikut padangan mazhab Hanbali dan Hanafi, tegahan didalam ayat ini membawa kepada pengharaman.

Manakala mengikut pandangan mazhab Syafi'ie dan Malik, ayat didalam hadis ini hanyalah membawa kepada makruh. Namum disunatkan kita memakai baju atau menutup bahagian atas badan ketika mengerjakan solat.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail