Aku tersedar tadi dari tidur, rasanya baru sekejap aku lelapkan mata tadi. Namum di dalam mimpi aku terasa sungguh lama, rasanya macam dah sehari. Selalunnya orang cakap kalau kita mimpi seram memang macam itu.
Aku tak suka bermimpi, sebab selalunya aku akan mendapat mimpi yang seram. Jarang benar aku mendapat mimpi yang indah. Kalau ada pun dua tiga kali seingat aku, mimpi basah? jangan cerita la dekat sini.
Aku pun macam kita semua, pastinya mahukan mimpi yang indah sahaja. Mimpi jadi orang kaya, mimpi kahwin dengan puteri raja dan macam-mcam lagilah mimpi nan indah, yang buat kita terbuai lena smapai pagi.
Namum apakan daya, siapalah kita hendak memilih mimpi apa yang hendak datang dalam tidur. Bukan macam tengok astro, tekan remote, ikut suka pilih cerita yang kita suka. Aturannya memang begitu. Apa yang terhidang dalam mimpi, itulah yang kita kena hadap sampai kita terjaga.
Ada orang cakap kalau tidur tak basuh kaki, nanti dapat mimpi buruk. Rasa macam tak nak percaya, namum jika keadaan kita kotor, benda kotor jugaklah yang akan kita dapat. Jika dari awal kita sudah bawa yang bersih, insyallah yang bersih jugalah yang akan kita dapat.
Dari awal lagi kita perlu ikut yang betul, jika tercalit sedikit kotoran terus bersihkan. Jangan biar ia bertompok makin banyak, nanti makin susah nak cuci. Pilihan kita sebenarnya adalah dari awal, ada adap-adap yang diajar kepada kita sebelum tidur. Jika itu semua kita tak buat jangan salahkan mimpi pula.
Aku pun dah tak faham apa yang aku tulis ini, mata dah kemabli mengantuk. Mimpi apakah pula akan menjelma selepas ini. Nak mimpi jadi putera raja lah pula.