-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Pakar SEO Di Malaysia

Pakar SEO di Malaysia aku rasa tidak kurang hebatnya, masing-masing bergelut merebut tampat di SERP Google dengan keyword masing-masing.

Pakar SEO Di Malaysia

Seperti kita tahu pakar adalah seseorang yang menpunyai pengetahuan serta kemahiran yang luas di dalam sesuatu bidang tertentu.

Jadi apabila kita buka cerita pasal Pakar SEO, sudah tentulah kita mencari seseorang yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran tinggi dalam mengaplikasikan teknik SEO untuk sesebuah laman web/blog.


Siapakah pakar SEO Di Malaysia? 

Aku sendiri yang masih lagi belajar teknik SEO dan terus mencari ilmu-ilmu yang terkini ingin juga mengenali siapakah pakar SEO di Malaysia. Manalah tahu dapat aku belajar serba sedikit ilmu SEO daripada mereka.

Namum secara peribadi aku yakin memang ramai pakar seo yang ada di Malaysia ini. Kita boleh lihat mereka ini di SERP Google. Lebih-lebih lagi mereka yang sering bersaing dengan menggunakan keyword isu semasa yang sentiasa hangat meletup.

Sebab bukan sedikit blogger yang rajin menulis tentang isu semasa. Dalam sehari mungkin berpuluh entri yang menceritakan perkara yang sama dengan keyword yang sama. jadi siapa yang pantas dna terlebih pakar akan menguasai mukasurat pertama enjin carian Google.

Ada diantara mereka yang aku kenali siapa mereka, dan ada juga yang tidak aku kenali. Mungkin kerena mereka ini bergerak secara bawah tanah. ramai juga dikalangan mereka ini yang begitu merendah diri dan tak lokek berkongsi ilmu.


Pentingnya Pakar SEO di Malaysia?

Perkara yang pertama aku nampak bertapa pentingnya pakar SEO di Malaysia adalah untuk tujuan promosi di enjin carian. Tak kira apa jua yang ingin dipromosikan tugas pakar-pakar inilah dalam memastikan entri maklumat yang mereka taip naik berada di ranking tertinggi enjin carian.

Sebab itu mereka sang pemain SEO ini perlunya dari kalangan mereka yang bertanggungjawab. Jika kemahiran ini disalahguna, makanya akan muncullah perkara-perkara yang negatif di enjin carian. Seperti perkara yang telah lama melanda enjin carian kita dengan hanya menaip keyword "Melayu Boleh" akan muncul perkara-perkara negatif yang memalukan nama bangsa kita sendiri.

Selain itu SEO ini juga penting untuk usahawan online yang ingin promosikan produk mereka. Jadi salah satu cabangnya adalah mencari prospek daripada pengguna alam maya.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail