-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Motivasi Dan Inspirasi

Sejak dari zaman sekolah aku sering dengar perkataan motivasi dan inspirasi. Namum perkara yang paling aku pasti adalah tak pernah ada kem inspirasi, yang ada cuma kem motivasi.

Motivasi Dan Inspirasi
Aku percaya semua daripada kita yang pernah sekolah pasti pernah menyertai kem motivasi, dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah, namum apa yang sebenarnya yang kita faham tentang motivasi.

Motivasi adalah memberi dorongan kearah sesuatu. Dorongan ini mungkin datang dari luar, bukan dari diri kita sendiri, daya inilah yang akan menolak kita untuk bermotivasi tinggi untuk mencapai sesuatu. Dalam bahasa mudah ia seperti mewujudkan rasa kesedaran dalam diri yang berpunca daripada orang lain.

Inspirasi pula datang daripada dalam diri kita sendiri. Rangsangan wujud dalam diri kita untuk melaksanakan tindakan. Jadi kita tidak perlukan bantuan orang lain untuk kita mulakan tindakan. Bagi pendapat aku, jika kita ada inspirasi, dengan sendirinya kita akan bermotivasi. Jadi kita tak perlu sertai kem motivasi pun sebenarnya. Dengan inspirasi, kita sebenarnya sudah ada kesedaran untuk bertindak, malah lebih senang untuk kita melakukan tindakan kerana kesedaran itu wujud dari dalam diri kita.

Ada orang cakap inspirasi adalah bisikkan hati kita, apa yang kita inginkan, itulah kuasa inspirasi, ia begitu dekat dengan diri kita.

Jika kita faham konsep ini, kita akan tahu mengapa mereka yang sertai kem motivasi tak semua yang berjaya. Inilah sebabnya, kerana mereka tidak ada inspirasi untuk berjaya, dengan hanya mengharapkan motivasi daripada orang lain sahaja, ia agak sukar, kerana kesedaran tidak wujud dalam diri.

Dengan mengharapkan orang lain memberi motivasi sahaja, proses tindakan akan jadi lambat. Mungkin perlu berpuluh kali pergi dengar ceramah motivasi barulah nak wujud kesedaran untuk bertindak. Bak kata orang sekali ketuk, sekali jalan, kalau tak ketuk? jawablah sendiri...

Namum aku pasti orang yang sukarela pergi mendengar ceramah motivasi , malah ada yang sanggup bayar untuk dengar ceramah motivasi, mereka ini sebenarnya sudah ada inspirasi. Cuma mereka ini perlukan sedikit motivasi untuk beranikan diri untuk melaksanakan tindakan mereka. Jadi Inspirasi dan motivasi perlu seiring, motivasi ini cuma perlu untuk menguatkan lagi inspirasi kita. Namum aku masih tekankan inspirasi perlu datang dahulu, barulah ada motivasi yang berkesan.

Jika hadir ke program motivasi secara paksa, tiada guna, masuk angin keluar asap. Buat apa penceramah berceramah berapi-api, namum kita tidak ada inpirasi, tiada kesedaran, maka tiadalah juga tindakannya. Atau mungkin ada yang rasa bersemangat sekejap semasa mendengar ceramah, tapi keluar sahaja pintu dewan semuanya hilang, jadi kosong, kosong, kosong.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail