Cuba bayangkan di persimpangan yang sibuk tanpa adanya lampu isyarat. Mampukah pemandu kita memandu dengan lancar.
Tetapi di Ethiopia ada persimpangan jalan besar dan sibuk, namum tidak menggunakan lampu isyarat. namum keadaan lalu lintas tetap berjalan lancar tanpa ada insiden kemalangan. Nampaknya pemandu di bandar ini agak berdisiplin.
Berbanding di negara kita ada begitu banyak lampu isyarat. Namum ada segenlintir pemandu yang tidak faham kegunaan lampu isyarat, ataupun tidak faham akan maksud warna yang dipaparkan pada lampu isyarat tersebut.
Kesalahan melanggar lampu isyarat, bukan kesalahan kecil. Sebab ia boleh melibatkan kemalangan dan orang lain yang tidak bersalah menjadi mangsa, akibat daripada sikap tidak sabar kita.
Cuba bayangkan keadaan dalam video di atas berlaku di negara kita, macam manalah keadaannya lalu lintas tanpa lampu isyarat.