Top 10 Selfie paling ramai di dunia. Jangan terkejut jika ada dua bandaraya di Malaysia tersenarai dalam carta Top 10 selfie.
Seperti dalam artikel aku sebelum ini, rupanya gaya bergambar selfie ini bukanlah baru, orang zaman era 20-an sudah pandai ber'selfie', tak percaya? sila klik sini.
Bezanya selfie zaman moden gambar akan terus di muatnaik ke laman sosial, dan serta merta gambar tersebar ke seluruh dunia. Dalam beberapa saat gambar 'selfie' akan mendapat like serta komen.
Selfie juga adalah ketagihan baru dalam masyarakat moden, terutamanya golongan remaja yang begitu aktif ber'selfie'. Sehinggakan ada orang boleh mencipta alat khas untuk 'selfie' ini, iaitu monopod.
Tapi ada sedikit nasihat aku kepada mereka yang suka sangat ber'selfie' ini, jangan keterlaluan, simpan muncung itik itu jangan dipanjnagkan sangat, jaga adap sopan kita, yang lebih PENTING jaga aurat kita sebagai muslim. Jangan ambil gambar selfie yang tak senonoh.
Top 10 'Selfie' Paling Ramai Di Dunia
1. Makati City and Pasig, Philippines - 258 selfie-takers per 100,000 people
2. Manhattan, N.Y. - 202 selfie-takers per 100,000 people
3. Miami, Fla. - 155 selfie-takers per 100,000 people
4. Anaheim and Santa Ana, Calif. - 147 selfie-takers per 100,000 people
5. Petaling Jaya, Malaysia - 141 selfie-takers per 100,000 people
6. Tel Aviv, Israel - 139 selfie-takers per 100,000 people
7. Manchester, England - 114 selfie-takers per 100,000 people
8. Milan, Italy - 108 selfie-takers per 100,000 people
9. Cebu City, Philippines - 99 selfie-takers per 100,000 people
10. George Town, Malaysia - 95 selfie-takers per 100,000 people
Data ini diambil daripada Instagram API dengan 2 set selama 5 hari (dari 28 Januari - 2 Februari, 2014 dan 3-7 Mac, 2014). Sepanjang tempoh data ini di rekodkan sebanyak 402,197 photo telah dimuatnaik di Instagram dan di'tagged' dengan #selfie.
Photo selfie itu juga turut disertakan dengan 'geographic coordinates. Sebab itulah lokasi photo yang telah diambil senang di kesan.
Nama dua bandaraya Malaysia yang tersenarai itu adalah Petaling Jaya dan George Town, masing menduduki carta no.5 dan No. 10. Dengan petaling Jaya mencatat 141 selfie daripada 100,000 orang, dana George Town pula dengan 95 selfie daripada 100,000 orang.
Manakala antara bandaraya Malaysia lain yang turut tersenarai adalah Kuala Lumpur berada di tangga ke-20 ( 72 selfie-takers per 100,000 people ). Diikuti Johor Bharu berada ditangga ke-50 ( 48 selfie-takers per 100,000 people ). Ditinggalkan beberapa anak tangga dari negara jirang sebelah Singapore di tangga ke-53 ( 46 selfie-takers per 100,000 people ).
Aku sendiri pun tak nak cakap apa dengan statistik ini, nak rasa bangga mungkin tak la kot, sebab aku sendiri bukanlah kaki 'Selfie'. Kesimpulan yang aku boleh berikan adalah, orang kita memang gila ber'selfie'.
Sumber : TIME