-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Tok Bomoh VIP

Orang kita bukannya asing dengan aktiviti perbomohan untuk pelbagai tujuan. Walaupun sudah masuk era android serba canggih, namum khidmat bomoh sepertinya masih relevan dalam masyarakat kita.

Tok Bomoh VIP
Sakit sikit nak jumpa bomoh, bagi mereka yang obses dengan bomoh ini, kalau boleh semua perkara akan mereka rujuk kepada bomoh.

Tok bomoh boleh kita anggap sebagai tukang mengubati orang, lebih kurang macam doktor kerjanya. Namum dimana silapnya bomoh ini? 

Caranya, jika ia ada kaitan dengan amalan khurafat, syirik secara terang-terangan menyekutukan ALLAH. Maka semua itu sudah terpesong dan salah. Tiada yang lebih berkuasa selain-Nya, jadi adalah salah jika kita meminta bantuan makhluk lain untuk menyembuhkan sebarang penyakit.

Adapun bomoh juga boleh buat bermacam-macam lagi perkara untuk mencari barang hilang, tarik nombor ekor pun boleh dan bermacam-macam lagi. Sampai ada bomoh yang cuba mencari MH370 yang hilang.

Isu bomoh dalam kes kehilangan MH370 menjadi hangat diperkatakan, malah kisah ini telah tersebar keserata dunia.

Memang benar bomoh itu telah silap, namum apakah kita semua boleh jadikan isu bomoh VIP ini sebagai bahan lawak, harap diberhentikan segala bentuk bahan lawak yang melibatkan MH370.

Sekarang bukan masanya untuk bergelak ketawa, sedangkan nasib penumpang dan anak kapal MH370 masih belum diketahui.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail