-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Spekulasi Berteka Teki

Setiap kali ada isu panas terjadi, sebelum apa-apa kesimpulan atau jawapan dikeluarkan, spekulasi akan berlegar-legar di ruang maya, dikedai-kedai kopi dan dari mulut ke mulut.

Spekulasi Berteka TekiSemua orang mahu berspekulasi, keluarkan pendapat dan pandangan masing-masing. Dari seorang tukang menaip surat tiba-tiba boleh jadi keyboard warriors, dia boleh jadi pakar segera. Boleh buat bermacam-macam analisis. Hebat orang kita ini.

Namum tak dinafikan segala spekulasi ini terjadi kerana rasa ingin tahu yang kuat dalam diri kita sebagai manusia. Namum tidak perlulah kita buat spekulasi yang melampau. Jika sekadar ingin luahkan pandangan tak mengapa.

Sebagai pembaca pula, janganlah terus percaya dengan sebarang spekulasi yang belum terbukti kesahihannya. Ambil semua spekulasi ini denagn sedikit kritis dengan cuba kaitan dengan fakta dan sumber berkaitan.

Menarik sebenarnya kita melayan kerenah orang yang suka berspekulasi ini, seolah bermain teka-teki, macam permainan puzzle untuk diselesaikan.

Semua maklumat berkaitan dikumpul dari segenap sumber di alam maya untuk mengukuhkan hujah mereka. Ada baik buruknya spekulasi ini. Jika ia betul tak mengapa, bagaimana jika spekulasi yang kita keluarkan itu tidak tepat, malah jauh sekali daripada kebenaran.

Tapi masih ada satu lagi kumpulan, mereka ini memang pantas dalam menyebarkan segala maklumat. Sekali tekan sudah sampai beribu-ribu orang dapat tahu. Terima sahaja berita terkini dia terus klik 'share'. Padahal dia sendiri pun tak semat lagi baca berita tersebut.

Lagi pedih apabila ada juga yang suka keluarkan kenyataan yang tidak sensitif. Dalam tak sedar kenyataannya itu boleh mengguris hati ahli keluarga terdekat mangsa. Kononnya nak jadikan 'viral' la kot, tapi tak fikir tentang perasaan orang.

Penyebaran gambar atau video kejadian, sejak dunia semakin canggih kini. Banyak gambar atau video saat kejadian dapat dirakam. Namum apa yang tidak patut adalah penyebaran gambar atau video disaat kejadian.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail