Masa yang cepat berlalu, setiap detik pantas berlari. Kita yang mengejar, tercungap nafas tersekat di dada. Ya, masa pergi takkan kembali.

Kini bukan masanya aku untuk mengenang setiap detik yang sudah berlalu, ada masa dihadapan yang perlu aku hambat sepantas mungkin.
Aku tak mahu tersadung kaki, rebah ke bumi. Namum aku tetap harus berlari, sepantas yang mungkin. Lari, lari dan berlari.
Nilai sesaat kini begitu berharga, jika dibiar ia berlalu. Bermakna aku sudah rugi. Jika dihitung jumlah pembaziran yang telah aku lakukan selama hidup ini.
Alamak! tepuk dahi, banyak yang sudah aku sia-siakan begitu sahaja.
Sedangkan yang dunia kita tak terkejar, apatah lagi yang akhirat. Rugi, rugi dan boleh bankrap aku kalau macam ni.
Takkan di dunia dan di akhirat aku nak jadi miskin, papa kedana, apa yang telah aku buat setelah begitu lama masa, peluang yang telah diberikan, tiada apa yang mampu aku kumpul.
Seluk saku, habuk pun tarak. Seluk jiwa, kosong, lompang. Mana lagi aku nak cekau.
Merenung jauh ke dalam diri sendiri, siapa aku disini?