-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Punca KDN Larang Buku 'Ultraman The Ultra Power'

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penerbitan buku "Ultraman The Ultra Power". Aku pun sebagai salah seorang peminat Ultraman pun rasa terkejut, dan mula mencari puncanya.

Larangan ini akan mula berkuatkuasa mulai 18 Februari mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan.
Walaupun cuma sekadar buku kartun Ultraman, jika kita disabitkan kesalahan dibawah akta ini, kita boleh dikenakan penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Tetapi dimana salahnya Ultraman sehingga buku ini terpaksa diharamkan oleh KDN. Yang pasti ini tiada kaitan dengan kes Ultras Malaya tempoh hari.

Mungkin bagi kita ini isu kecil, tapi jika dilihat dengan lebih teliti, ia boleh membawa kepada kesan yang lebih besar. Terutamanya kepada kanak-kanak. inilah punca kenapa KDN melarang buku "Ultraman The Ultra Power".

Punca KDN Larang Buku 'Ultraman the Ultra Power'

Apabila aku fikirkan balik, memang patut kita pertahankan isu kalimah ALLAH daripada digunakan oleh agama lain di negara kita. Banyak kekeliruan yang akan berlaku.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail