Cara pengurusan kewangan secara bijak. Apa yang kita perlu lakukan untuk mengurus kewangan dengan baik dan teratur.

Jika kita gagal menguruskan kewangan kita dengan baik, mungkin suatu hari nanti kita akan menghadapi masalah kewangan. Ini adalah satu langkah untuk mengelakkan kita terjebak dalam masalah kewangan yang teruk.
Kesedaran ini harus ada dalam diri setiap daripada kita. Dengan cara yang betul dan sentiasa beringat, insyallah kewangan kita akn selalu tenang.
Ada beberapa cara atau prinsip yang boleh kita amalkan dalam pengurusan kewangan perinbadi kita.
1. Amalan Menabung
Pesan orang-orang tua "sediakan payung sebelum hujan.". Amalan menabung ini ada banyak faedahnya, selain kita dapat mengumpul wang, ia juga boleh digunakan jika berlaku kecemasan atau disaat kita terdesak memerlukan wang. Biar sedikit, lama-lama jadi bukit.
2. Belanja Di Bawah Kemampuan
Selalu kita dengar orang cakap berbelanja ikut kemampuan, tetapi lebih bagus jika kita berbelanja di bawah kemampuan.
Kita kena kawal perbelanjaan kita dengan beli ikut keperluan, kalau boleh elakkan belu ikut kemahuan. Lebih bagus jika kita dapat memotong sedikit perbelanjaan kita yang tidak perlu dan boleh dianggap menbazir.
3. Elakkan Berhutang
Beli barang secara tunai. Elakkan daripada kita terpaksa berhutang untuk membeli barang, kerana jika kita terpaksa berhutang untuk membeli ini bermaksud kita belum ada kemampuan untuk membeli barang tersebut.
Lebih bagus jika kita boleh menabung sampai cukup duit untuk beli barang tersebut.
Tapi pasti ada orang cakap, kalau nak beli rumah atau kereta, takkan nak beli secara tunai juga.
Disinilah kita perlu berbalik kepada berbelanja dibawah kemampaun, jangan kita buat pinjaman sehinggakan menbebankan kita. Anggap kita berhutang untuk beli rumah atau kereta sebagai aset kita.
4. Sumber Pendapatan Kedua
Carilah sumber pendapatan sampingan untuk menjana kewangan kita, jika kita betul-betul tidak mampu dengan gaji yang kita dapat sekarang. Lagipun sudah ramai orang yang kita boleh lihat yang buat kerja sampingan, ada bemacam-macam kerja asalkan tidak menganggu kerja utama kita.
Berniaga secara online adalah salah satu cara yang popular dilakukan semua orang kini. Namum awas jangan pula kita terjebak dengan MLM atau skim cepat kaya pula.
Jika kita ada lebihan duit, ringan-ringan juga tangan untuk bersedekah, saham akhirat juga perlu kita kumpul, biar miskin di dunia, janji kaya di akhirat.