Dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan, perancangan yang teliti perlu kita lakukan, jika kita gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal.
Sebenarnya perancangan adalah gambaran awal apa tindakan yang perlu kita lakukan. Lebih tepat ianya teori yang sepatutnya kita lakukan nanti. Ianya penting agar kita tidak lari dari landasan hala tujuan kita.
Matlamat Biar Jelas
Setiap perkara yang kita hendak lakukan, kita mesti ada matlamat, hala tujuan kita. Matlamat kita haruslah jelas, tak boleh acuh tak acuh.
Tuliskan matlamat kita, baca dan hayati setiap hari, ini sebagai peransang untuk kita berjaya. Agar setiap hari kita bekerja keras untuk mencapai matlamat.
Lebih bagus jika kita ada matlamat jangka pendek, sederhana dan matlamat utama.
Aturan kerja kita akan lebih tersusun, yang mana patut didahulukan kita utamakan.
Strategi Yang Ampuh
Strategi yang terbaik perlu kita rancang, agar setiap langkah kita akan mebuahkan hasil. Jadi dalam setiap perancangan kita perlu fikirkan juga strategi tindakan kita.
Buat apa kita berpenat lelah, namum hasilnya tak seberapa, tak berbaloi dengan usaha. Jauh sekali untuk mencapai matlamat kita.
Berfikiran Positif
Orang yang berjaya selalunya berfikiran positif, mereka ambil setiap peluang yang datang. Daripada keadaan negatif mereka tukar jadi positif.
Jadi kita perlu sentiasa positif dalam setiap tindakan kita, abaikan mereka yang cuba menperlekehkan usaha kita, atau tanggapan negatif orang lain. yang penting kita sudah tahu matlamat kita.
Jadi tekad dan teruskan rancangan kita.
Tindakan
Cakap banyak pun tak guna, setakat banyak buat teori dan 'plan' sahaja takkan mendatangkan kejayaan. Tindakan dan usaha perlu kita lakukan mengikut apa yang kita rancang.
Segala tindakan kita itulah yang akan menentukan kejayaan kita, walaupun sehebatnya mana perancangan kita jika tindakan kita tak hebat, ia akan jadi angan-angan Mat Jenin.
Usaha, Doa Dan Tawakkal
Selepas kita berusaha, dan berdoa, jangan lupa untuk bertawakkal kepada ALLAH S.W.T. Kerna kita hanya mampu merancang, tetapi tuhan yang menentukan.
Jika kita gagal, atau tidak mencapai matlamat yang kita harapkan, jangan berputus asa, mungkin ini bukan rezeki kita, jadi bangkit kembali dengan usaha yang lebih gigih lagi.