-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Kalau Dah Bukan Rezeki

Rezeki atau Al-Rizq adalah kurniaan daripada Al-Razaaq Yang Maha Pemberi Rezeki. Semua makhluk tertakluk kepadanya dalam mendapat rezeki.

Kalau Dah Bukan RezekiHukum alam telah menetapkan, sesiapa yang berusaha, maka dia akan perolehi rezeki dengan izin-Nya. Tak kiralah dia seorang muslim atau bukan muslim.

“dan tiadalah suatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya” (Surah Hud, ayat 6).
Rezeki tuhan datang dalam bermacam bentuk, bukan sahja dalam bentuk wang ringgit atau harta, jodoh itu juga rezeki ALLAH S.W.T. kurniakan, zuriat, pangkat dan bermacam-macam lagi nikmat yang kita peroleh manfaat daripadanya.

Namum bagi kita orang muslim, ada batasan dalam kita mencari rezeki, ada halal dan haram. kita perlu patuhi undang-undang ini, tak boleh main sebarang dalam sumber mendapatkan rezeki.

Rezeki ini umpama makanan, selagi makanan itu belum masuk ke mulut, kita kunyah dan hadam makanan itu, selagi itu ia bukan rezeki kita. Sedangkan nasi sudah masuk ke mulut pun boleh keluar balik. Itulah rezeki.

Apabila kita mendapat rezeki yang melimpah ruah, jangan kita jadi sombong dan angkuh. Semua rezeki itu adalah pinjaman sementara daripada tuhan. Rezeki itu juga perlu kita agihkan, agar orang lain juga turut dapat merasa nikmat rezeki kita itu.

Dalam kita mencari rezeki, kita perlu berusaha. Namum usaha kita itu perlu diiringi dengan sifat rasa bersyukur dan akur. Kita kena akur jika rezeki kita perolehi kurang sedikit berbanding orang lain. Kita perlu bersyukur dengan apa sahaja rezeki yang kita terima.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail