Nampaknya tragedi pesawat MH370 yang hilang setelah berlepas dari KLIA menjadi perbualan hangat hingga dimuatkan di 'frontpage'.
Berita tragedi ini nampaknya menarik perhatian seluruh dunia kerana para penumpang yang menaiki pesawat MH370 itu terdiri daripada pelbagai negara.
Lebih-lebih lagi kehilangan pesawat MH370 ini pula begitu misteri, pesawat hilang tanpa dapat dikesan oleh radar.
Walaupun banyak aku dengar spekulasi yang dikeluarkan daripada pelbagai pihak, namum berita yang sahih tetap aku tunggu daripada Kerajaan Malaysia yang akan diumumkan.
Dan sebagai muslim harap kita semua berdoa untuk keselamatan dan dipermudahkan segala urusan mencari pesawat MH370 ini.
Hentikan spekulasi melampau, jaga hati para ahli keluarga mangsa yang terlibat. Sekarang bukan masanya unutk mencari salah siapa.
Aku respek dengan penyokong Lions XII yang juga turut menunjukkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa pesawat MH370, dalam pertemuan bertemu Kelantan, di Stadium Jalan Besar ( Lions XII tewas 1-2 ).