Kes kehilangan pesawat MH370 masih lagi belum ditemui, sudah ada ura-ura untuk dibuat filem tragedi MH370 oleh produser Hollywood. Peristiwa ini menarik minat JC Spink, penerbit filem Red Eye (2005).
Sebenarnya perasaan aku bercampur baur apabila terdengar pasal pembikinan filem pasal tragedi MH370.
Aku tahu pasti ramai yang teruja untuk menonton filem pasal trgaedi MH370 apabila ia difilemkan, kerana sudah pasti ramai yang mahu melihat kejadian itu secara visual, dan menghayati tragedi ini lebih mendalam.
Namum adakah apabila ia difilemkan, adakah 100% fakta akan dimuatkan di dalam filem MH370 nanti. Unsur dramatik atau dalam bahasa lebih tepat unsur tokok tambah pasti dimuatkan juga untuk membuatkan jalan cerita lebih menarik.
Kita bukan tak biasa dengan filem-filem dari Hollywood ini, unsur dramatik sering di tokok tambah untuk melazatkan cerita.
Usaha pencarian 'debris' MH370 masih berjalan atau punca misteri kehilangan MH370 masih belum kita ketahui lagi, jadi untuk buat filem ini haruslah kita tunggu sehingga segala fakta disahkan, agar jalan cerita bertepatan dengan kisah sebenar.
Aku juga berharap, dalam filem ini nanti tidak akan dimuatkan unsur lucah, wanita seksi sebagai tarikan. Sekali lagi aku ulang fakta mesti tepat, jangan pula dibuat jalan cerita pasal pilot kita jadi 'pengganas' seperti yang dicanangkan oleh CNN.
Walauapapun, aku masih teruja jika tragedi MH370 difilemkan, ianya sudah pasti menarik dan membuatkan kita dapat merasai peristiwa sebenarnya sewaktu kejadian.
Namum, pada pendapat aku buat masa sekarang pembikinan filem ini masih belum lagi sesuai dilakukan, bagi menjaga sensitiviti ahli keluarga mangsa.