-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Biodata Kapten Norudin Abd Majid

Nama Kapten Norudin Abd Majid menjadi sebutan seiring dengan isu kehilangan pesawat MH370. Siapakah Kapten Norudin Abd Majid sebenarnya?

Biodata Kapten Norudin Abd Majid
Kapten Norudin menjadi popular selepas keluar di kaca televisyen dalam satu sesi temuramah di TV3. Jawapan yang dilontarkan oleh kapten berjaya memukau seluruh rakyat Malaysia.

Ungkapan kata-kata daripada kapten sungguh hebat, membuatkan kita tersedar dari lamunan seketika. “Allah menghantar peristiwa MH370 agar kita kembali kepadanya dengan rendah hati. Sains sifatnya ciptaan dan ciptaan pasti ada penciptanya.” Kata-kata yang menyedarkan kita siapa yang lebih berkuasa.

Biodata Kapten Norudin Abd Majid

Nama sebenar beliau adalah Norudin Bin Abdul Majid, umur 53 tahun (lahir pada tahun 1961). Beliau juga merupakan bekas pelajar MRSM Kuantan, tahun 1978. Kiranya beliau adalah diantara pelajar perintis kepada MRSM Kuantan. 

Sebenarnya bekas pelajar MRSM tahun 1978 telah melahirkan ramia orang ternama yang hebat kini diantaranaya ialah Roslan Aziz (komposer muzik), Rosdin Razali (Military Pilot, TUDM) dan Dato' Sri Mohammed Shazalli Ramly (CEO Celcom) serta ramai lagi bekas pelajar MRSM Kuantan ini yang menjadi orang yang hebat. Boleh rujuk disini.

Kapten Norudin merupakan bekas Bekas juruterbang B777 Fleet, Malaysian Airlines (MAS), dan beliau juga adalah CEO Jet Premier One. Jet Premier One ini sebenarnya menguruskan jet peribadi VVIP di Malaysia termasuklah jet peribadi Perdana Menteri Malaysia.

Kapten juga telah mengikuti Jemaah Tabligh Malaysia sejak awal tahun 80-an lagi Sebab itulah, setiap kata-kata beliau sungguh bermakna.

Jika kita fikirkan kembali, tragedi MH370 banyak membuka mata kita, secara tak sengaja juga 'Kapten Norudin Abd Majid' telah dihantar kepada kita untuk menyedarkan semuanya. 

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail