-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Trend Bunuh Kanak-Kanak

Nampaknya trend bermusim di Malaysia tiba lagi, jika tahun lepas kes tembak mati orang menjadi trend, tahun ini pula Malaysia trending dengan kes bunuh kanak-kanak.

Mungkin statistiknya tidak seteruk kes tembakan tahun lepas, namum ia lebih kejam kerana ia melibatkan kanak-kanak. Mana hilang perikemanusiaan mereka semua.

Pada tahun 2009 - 18 kanak-kanak menjadi mangsa, 2010 - 21 orang, 2011 - 31 orang selepas itu ada sedikit penurunan pada 2012 - 26 orang dan turun sikit lagi pada 2013 - 24 orang. Dan tahun ini sudah mencatatkan 2 kes bunuh terhadap kanak-kanak, salah satunya kes kanak-kanak 2 tahun yang dibunuh di Dungun, Terengganu.

Trend Bunuh Kanak-Kanak

Apa yang menyedihkan adalah apabila kanak-kanak ini menjadi mangsa orang yang dikenali, seperti ahli keluarga mereka sendiri, dan mereka yang rapat dengan ahli keluarga. Serta ada juga beberapa kes yang melibatkan pengasuh.

Apa juga alasan yang diberi, seakan tidak masuk akal kerana apalah dosa kanak-kanak tersebut sehingga di perlakukan sedemikian rupa.

Hilang akal dan pertimbangan waras seorang manusia, mereka dirasuk syaitan untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail