-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Skim MyHome - Subsidi Rumah Pertama

Skim MyHome - Subsidi Rumah Pertama
Skim Myhome adalah skim yang diperkenalkan oleh kerajaan dalam bentuk subsidi berjumlah RM30,000 bagi rakyat yang hendak membeli rumah pertama.

Permohonan Skim Myhome ini akan dibuka pada 1 April 2014 nanti. Jadi kepada mereka yang berhasrat memiliki rumah pertama ini adlah peluang baik, sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban untuk membeli rumah.

Skim MyHome atau Skim Perumahan Mampu Milik Swasta akan menperuntukkan sebanyak RM300 juta, dengan setiap pemohon dihadkan kepada RM30,000 seorang, jadi dalam skim yang baru pertama kali diperkenalkan ini hanya terhad kepada 10,000 unit rumah sahaja.

Syarat-syarat Kelayakan Skim MyHome:

1). Warganegara Malaysia
2). Kepada pembeli rumah pertama sahaja.
3). Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM3,000 bagi kos rendah.
4). Pendapatan bulanan isi rumah maksimum RM6,000 bagi kos sederhana.
5). Pembeli dilarang daripada menjual rumah dalam masa 10 tahun.
6). Subsidi Skim MyHome ini akan dibayar terus kepada akaun pembeli.

Harga rumah setiap tahun makin naik, semoga dengan sedikit bantuan ini akan dapat membantu rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri, agar kita tidak menjadi penumpang di bumi sendiri.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail