
Aku rasa ada antara kita yang pernah buat perkara ini semasa zaman persekolahan dulu. Bermacam-macam cara untuk menghasilkan" toyol", aku tak mahu ajarkan teknik-teknik buat toyol dekat sini, takut nanti ada pula pelajar yang cuba buat pula dekat sekolah. Naya aku dapat saham ajar benda yang tak elok.
Tujuan "Toyol" ini cuma satu sahaja, iaitu untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang ditanya dalam kertas peperiksaan. Dalam erti kata lain, ia adalah perbuatan meniru. Meniru dalam peperiksaan adalah perbuatan menipu. Menipu ni berdosa ke tidak? Cepat pergi tanya ustaz..hehehe
Apabila anda meniru dalam peperiksaan, sebenarnya ada sedang menipu. Perbuatan meniru bukan jalan untuk mencapai kejayaan. Matlamat tak menghalalkan cara, walaupun niat kita baik untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Namum cara yang kita lakukan itu sebenarnya salah.
Anda sebenarnya sedang menipu diri sendiri, anda tipu cikgu anda, dan sebenarnya anda juga telah menipu ibu bapa anda. Tak rasa bersalah ke? Anda duk tipu ramai orang ni.