-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Saja Bikin Panas

saja bikin panas
Bahang masih terasa sampai ke malam hari, bahang panas siang tadi tak hilang walaupun mentari dah berlabuh senja tadi.

Tempoh hari cuaca sejuk, kita komplen, sekarang cuaca panas pun kita nak komplen juga. 

Apa lagi yang kita mahu? Aduhai, manusia memang, semua benda tak pernah cukup, tak kenal erti puas, nak puaskan hati manusia ini memang susah.

Dalam cuaca yang panas ini, ada kebakaran hutan berlaku dalam laluan perjalanan aku pergi ke tempat kerja. Tak besar sangat kawasan yang terbakar tu, luasnya dalam 3 lot rumah kot, aku perasan kebakaran itu sudah seminggu berlaku, tapi pagi tadi aku tengok masih ada lagi asap dekat kawasan kebakaran itu. Harap-harap tak merebak lebih teruklah.

Banyak benda yang panas musim ini, tengok bola pun panas. Reda sedikit isu dalam terowong, masuk pula bab akuan bersumpah. Ada pula dah kes gaduh pasal bola, macam-macamhal pasal bola, walaupun bola itu bulat.

Pasal blog pun ada pasa juga. Ini kes hina sultan, walaupun dia cuma mengulas apa yang orang tulis dekat facebook, tapi disebabkan blog beliau barulah pihak polis dapat mengesan wanita terbabit. Dah kena soal siasat pun.

Kisah cikgu pun ada panasnya juga. Dengar kata sampai nak berdemontrasi bagai, ceritanya sebab tak berpus hati dengan PBS. Harap dapat diselesaikan dengan baik, dan cikgu boleh mengajar seperti bias selepas ini tanpa dikacau lembaga 'PBS' tu lagi.

Aku saja-saja buat entri bikin panas sebab aku tengah panas. Dekat Kajang ada cerita panas tak?

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail