
Budaya ini yang menjadi subculture di England di era 60-an, namum wajarkah budaya negatif ini dibawa masuk ke dalam bola sepak Malaysia.
Semangat kesukanan dicampak keluar, diisi penuh dengan emosi kebencian, semangat kenegerian melampau dan caci maki pasukan lawan. Api yang marak merebak kepada pergaduhan yang lebih teruk. Apakah budaya bola sepak sebegini yang kita mahu? Budaya yang penuh keganasan.
Antara tingkah laku "Football Hooligans" yang sering mereka lakukan semasa perlawanan bola sepak adalah:
1. Mengejek pasukan lawan, mengeluarkan kata-kata kesat atau berbaur lucah.
2. Meludah.
3. Bertumbuk.
4. Membaling objek ke padang, sama ada dalam usaha untuk mencederakan pemain dan pegawai atau sebagai tanda penghinaan.
5. Membaling objek kearah penyokong lawan.
6. Menggunakan pyrotechnic seperti suar dan bom asap
Di sesetengah negara golongan "Football Hooligans" ini juga dikenali sebagai "Ultras", yang membawa unsur keganasan melampau dan taksub. Tapi tak termasuk Ultras Malaya yer..hu3
Walaupun kes samseng bolasepak dinegara kita tidak seteruk di luar negara. Namum ada juga beberapa kes kejadian yang tidak diingini berlaku, semoga selepas ini tiada lagi insiden seperti ini berlaku. Ia langsung tidak membantu meningkatkan mutu bola sepak negara kita, malah ia akan lebih merosakkan lagi.
Bola sepak di negara kita kini sedang meningkat naik kembali, bukan sahaja diminati kaum lelaki sahaja, tetapi kini kaum wanita juga sudah ramai yang masuk ke stadium, tak ketinggalan juga kanak-kanak yang juga berada di dalam stadium.
Memang amat tidak sesuai budaya bola sepak sebegini diamalkan di negara kita.
Sumber : Wikipedia