-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

PBS Gagal?

PBS gagal atau tidak terletak ditangan para perlaksananya. Perlaksanaan  Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini perlu dilihat dari sudut positif. Apakah dengan memansuhkannya akan mendatangkan kebaikan?

Mungkin akan ada yang kata, senanglah orang bercakap sebab mereka tak merasa. Jika sebelum ini kita sibuk mahu sistem lama yang dikatakan membebankan anak-anak ditukar, apakah kini kita mahu undur ke belakang semula.

Betul, para guru juga tidak boleh kita persalahkan 100%. Ada yang dikhabarkan terpaksa bangun awal semata-mata nak key in data dekat Sistem PSB, sekali fikir kesian pula kepada guru-guru ini.

Bagi pihak kerajaan sepatutnya isu yang timbul selepas perlaksaan PBS akan membuka mata dan membuat penambahbaikan. Disebabkan ini adalah sistem baru, jadi kita tidak boleh terlalu tergesa-gesa. Perlukan masa untuk para guru menyesuaikan diri dalam sistem yang baru ini, dan satu proses pertukaran sistem yang lancar juga perlu difikirkan.

Tindakan yang segera perlu dilakukan, agar murid-murid tidak menjadi mangsa keadaan tersepit ditengah-tengah. Fikirkan untuk kebaikan anak-anak, tak guna kita bergaduh sampai mengorbankan generasi muda kita. harap semua yang pakar terlibat dalam sistem pendidikan negara kita, dapat duduk semeja, berbincang apa yang terbaik dan apa yang perlu diperbaiki lagi.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail