Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Nasi Lemak Dan Chef Wan

Nasi Lemak Dan Chef Wan
Kisah terbaru Chef Wan dengan kes 'nasi lemak terlanjang'. Mulut laser Chef Wan memang berbisa. Kritikan beliau ada pedas, tepat kena ke dahi MAS.

Laser bukan sebarang laser tapi niat dia baik. Untuk menjamin mutu masakan tradisional dijaga setiap rakyat Malaysia. 

Supaya nanti pelancong yang datang ke Malaysia dapat menikmati hidangan tradisional negara kita yang bermutu dan sedap.

Ayat yang digunakan Chef Wan itu agak kasar, namum ia membawa maksud yang cukup tepat untuk mengambarkan keadaan nasi lemak tersebut. 

Jika kita tengok pun sudah tentu kita pun rasa macam yang Chef Wan rasa. Nasi lemak biasa yang dijual berharga RM3.00 pun tidak seteruk ini.

Masakah tradisi kita perlu dijaga untuk warisan masa akan datang. Biarpun semaju aman pun kita, makanan tradisi tetap melekat dijiwa kita. Menu orang Malaysia. Itulah citarasa kita. 

Bagi aku tak kisah orang nak kata ketinggalan zaman atau 'kampung' tapi yang penting rasanya sedap bagi tekak aku. Rasa ubi kayu cicah kelapa lagi sedap daripada pizza. Itu selera aku.

Berbalik kepada masakan warisan, berapa ramaikah daripada orang kita terutama wanita yang pandai masak masakan tradisi? Orang lelaki jangan kiralah, kalau pandai masak air pun dah kira okey tu.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail