-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Nabil, Luna Maya Dan MLM 2013

Nabil, Luna Maya Dan MLM 2013Juara Maharaja Lawak Mega 2013 telah dinobatkan kepada Sepahtu semalam. Manakala ditempat kedua diraih oleh Shiro. Manakala kumpulan baru Bocey pula ditempat ketiga.

Rezeki buat Sepahtu musim ini. Walau pada awalnya agak terumbang-ambing dengan Rahim yang seakan tiada fungsi. Namum mereka akhirnya mampu mewujudkan kesefahaman dipenghujungnya, walaupun begitu lawak Sepahtu banyak yang perlu diperbaiki lagi. 

Yang menjadi persoalan adakah Rahim akan kekal menjadi ahli kumpulan Sepahtu selepas MLM 2013 ini?

Nabil, Luna Maya Dan MLM 2013Shiro pada musim ini adalah pencabar utama Sepahtu. Gandingan Shahrul dan Ajak agak menjadi pada musim ini. Namum rezeki tidak dipihak mereka kali ini.

Lawak Shiro pada kau lebih konsisten daripada persembahan Sepahtu, dan ada juga isi yang diselitkan. Namum dalam persembahan akhir semalam, Lawak Shiro bagi aku biasa-biasa sahaja. Mereka cuba untuk ulanga balik lawak wrestling, tapi tak menjadi.

Nabil, Luna Maya Dan MLM 2013Bocey sebagai pendatang baru pula, memberikan kejutan dan saingan yang sengti kepada pelawak-pelawak yang boleh dikatakan sudah banyak kali menyertai Maharaja Lawak Mega. Dan lawak Bocey juga lebih segar daripada kumpulan lain. Nyata mereka juga ada gaya tersendiri.

Dan lebih manis kerana ketiga-tiga ahli kumpulan Bocey di umumkan sebagai Man of the Match dalam pusingan akhir MLM 2013 semalam.

Dan sebenarnya aku agak kecewa dengan persembahan Nabil. Entah dimana silapnya, Nabil dalam persembahan akhir semalam seperti meluahkan perasaan tidak puas hati, itu bukanya lawak beb. 

Aku rasa dia seperti kecewa kerana sering kali dikecam pada musim ini kerana persembahan hambarnya setiap minggu.

Pada aku cara yang dia lakukan dalam persembahan akhir semalam, amatlah tidak profesional. Silap-silap boleh membunuh kariernya sebagai pelawak. Memang benar ada masanya kita dibawah, tapi semangat perjuangan perlu diteruskan.

Nabil, Luna Maya Dan MLM 2013Barisan juri MLM 2013 juga pada awalnya ada yang menpersoalkan kehadiran mereka. Dato' Yusof Haslam mungkin tiada masalah, namum dengan mengambil Luna Maya, Sheikh Haikal dan Nora Danish sebagai juri seakan tidak kena. Namum pada aku setiap orang ada pandangan masing-masing. 

Juri yang paling kontroversi musim ini adalah Luna Maya. Tidak seperti musim-musim yang lalu, jika juri yang 'hot' adalah kerana komen mereka yang selalu panas. 

Tetapi Luna Maya pula menjadi hot hanya kerana kisah lalunya serta berpakaian agak seksi pada malam persembahan akhir MLM 2013.

Dan tidak lupa juga isu lawak Nabil yang men'bahan' Luna Maya dalam lawaknya. Dan disebabkan itu juga Nabil mendapat kecaman hebat daripada penonton MLM 2013.

Namum isu itu sudah selesai apabila Nabil sudah memohon maaf kepada Luna Maya.

Secara keseluruhannya, Maharaja Lawak Mega 2013 agak hambar. Persembahan beberapa kumpulan tidak selayaknya untuk digelar maharaja lawak. Ada lawak-lawak yang di kitar semula, lawak untuk budak-budak dan terselit juga lawak-lawak lucah, walaupun mereka tahu, ramai juga kanak-kanak yang menjadi penonton setia MLM 2013.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail