
Otak satu organ yang sangat penting dalam badan manusia. Otak boleh diibarat sebagai chip prosesser sebuah komputer, segala urusan berpusat di otak kita.
Salah satu fungis otak adalah untuk kita berfikir. Kalau kita tak gunakan otak untuk berfikir pastinya kita akan dengar ayat ini "Korang ni tak ada otak ke hah?"
Namum jika kita gunakan otak untuk berfikir dalam jangka masa yang terlalu lama, otak kita kan penat. Semakin lama kita guna semakin penat otak, jadi disitulah bermulanya pengumpulan racun-racun pada otak kita.
Jadi macam mana kita nak membuang racun itu, senang sahaja, tak perlu wang yang banyak. Tak habis pun duit Br1m yang kita dapat tu untuk membuang racun dalam otak kita. Apakah caranya?
Tidur, kita hanya perlu tidur untuk meneutralkan kembali otak kita. Agar otak kita kembali cergas dan cerdas untuk terus digunakan untuk berfikir semula.
Sel -sel otak menyusut semasa tidur untuk membuka jarak antara neuron sehingga membolehkan cecair masuk untuk mencuci bersih otak.Mereka juga berkata bahawa kegagalan untuk membersihkan beberapa protein beracun mungkin berperanan dalam mencetuskan gangguan otak.
Jadi jangan selalu amalkan tidur lewat. Tidur yang cukup itu penting untuk otak kita rehat, lagipun sudah seharian kita banyak berfikir, otak kita terpaksa bekerja keras. Jadi apa lagi jom tidur, jangn tidur waktu kerja sudah la beb.