
Gadung sebenarnya adalah sejenis ubi yang dipanggil ubi gadung. Ubi gadung mungkin tak popular seperti ubi kayu atau ubi keledek kerana ubi gadung tak boleh di makan sembarangan. Jika tersilap cara boleh mabuk gadung bak kata orang-orang tua.
Ubi Gadung sebenarnya mengandungi racun yang boleh membuatkan kita jadi pening-pening atau mabuk jika tersilap cara menyediakannya. Racun pada ubi gadung perlu dibuang terlebih dahulu sebelum boleh dimasak untuk dimakan.
![]() |
Kredit |
Dulu-dulu pakcik aku selalu juga mencari Ubi Gadung ni di hutan, sebab di negara kita Ubi Gadung jarang ditanam.
Salah satu cara yang selalu pak cik aku lakukan untuk menbuang racun gadung adalah dengan merendamnya di dalam air sungai, lebih kurang seminggu direndam bagi memastikan racun gadung itu betul-betul sudah tiada.
Pernah juga pakcik aku sendiri yang mabuk gadung. Mungkin racun pada ubi itu tak dibuang dengan sempurna.
Kelebihan Ubi Gadung

2. Ubi Gadung juga menurut kajian mampu menghalang penyakit darah beku.
4. Ekstrak Ubi Gadung juga boleh membunuh siput.
5. Di Mexico, Ubi gadung juga digunakan untuk membasuh bulu biri-biri, funginya adalah untuk membunuh kutu dan serangga pada bulu terserbut sebelum dijadikan pakaian.