
Kerani ni bekerja di Mahkamah Tinggi Ipoh. Bermula dari April 2012 sehingga September 2013. Cara dia bekerja sememangnya patut mendapat pujian.
Memang patut dijadikan contoh kepada semua kakitangan awam, sebab kerani ini tidak pernah keluar rehat makan tengahari, dan dia juga tidak pernah mengambil cuti tahunan.
Tugas utama kerani ini adalah mengutip wang daripada pesalah yang didapati bersalah oleh mahkamah dan didenda.
Namum dalam diam rupanya, dalam baik sifatnya kerani ini, ada udang disebalik mee rupanya. Kerani ini rupanya telah mengelapkan wang kutipan mahkamah tadi.
Dia cukup bijak kerana menggunakan kelemahan yang ada dalam sistem data komputer mahkamah agar amaun yang digelapkan tidak kelihatan dalam akaun.
Namum sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Apabila juruaudit datang untuk memeriksa rekod dan buku mahkamah yang membongkarkan wajah sebenarnay kerani itu tadi.
"Bagaimanapun, polis masih belum berjaya menemui wang yang dicuri itu dan sedang cuba memastikan apa yang dibelanjakan dengan wang berkenaan.Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan kes itu. – 3 Februari, 2014." - The Malaysian Insider