Khairul Fahmi dan pasangannya Leuniey baru sahaja menimbang cahaya mata sulung mereka, yang dinamakan Kayla Elayna.

Komen salah seorang follower Apex di Instagram itu sebenarnya agak keterlaluan. Jika setakat nak kritik pasal prestasi Apex yang tidak konsisten dalam perlawanan yang lepas, mungkin perkara biasa.
Tapi apabila dikaitkan anak Apex tidak membawa tuah, itu sangat kurang ajar. Apa kaitan bola sepak dengan anak yang baru lahir. Mahzab mana yang dia ini ikut.


Adik Kayla Elayna tu bola pun dia tak kenal lagi, dosa setitik pun belum menyentuh jiwanya. Apalah salah bayi itu.
Masih ada rupanya orang yang percaya kepada anak yang membawa sial. Walaupun kita kini sudah hidup dizaman Android.