-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Kami Bayar 10 Ringgit : JDT vs T-Team Dibatalkan

Kami Bayar 10 Ringgit : JDT vs T-Team DibatalkanKami bayar 10 ringgit, itulah yang dilaungkan oleh para penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) yang memenuhi Stadium Larkin bagi menyaksikan perlawnanan JDT vs T-Team dalam saingan Piala FA pusingan ke-2.

Bagi aku apa yang dilaungkan oleh penyokong adalah bagi meluahkan rasa tidak puas hati, apabila mereka sanggup membeli tiket, siap beratur lagi bagi menyaksikan perlawanan bola sepak yang menarik.

Namum seolah dibazirkan duit mereka kerana perlawanan terpaksa dibatalkan.


Bukan juga aku nak salahkan kepada pasukan yang bertanding, sudah pasti ada alasan yang kukuh, apabila T-Team bertindak tidak mahu masuk padang pada separuh masa kedua, setelah ketinggalan 2-1.

Ada khabar angin yang menyatakan ada berlakunya pertikaman lidah diantara staff kedua-dua pasukan ketika masa rehat ketika mereka hendak masuk terowong.

Setakat ini tiada sebarang keputusan yang dibuat, samada perlawanan ini akan diadakan semula, atau diberikan kemenangan percuma. Masih menuggu tindakan daripada FAM.

Diharap selepas ini, tidak berlaku lagi kes insiden seperti ini, kesian dekat penyokong yang sanggup menghabiskan duit, korbankan masa untuk memenuhi stadium bagi memeriahkan arena bolasepak negara.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail