
Secara trasidi dan dalam ajaran Islam sekalipun, tanggung jawab untuk mencari rezeki dan menyara keluarga adalah dipikul oleh lelaki. Namum tidak dinafikan juga ada kaum wanita yang ringan tulang sanggup bekerja untuk meringankan beban suami untuk menyara keluarga.
Soal isteri menolong suami untuk menambah pendapatan keluarga sudah lama kita dengar. Tapi di zaman sekarang tidak menghairankan apabila gaji isteri lebih besar daripada gaji suami. Si isteri kini mampu bekerja dan berjawatan besar di pejabat, manakala si suami cuma bekerja sebagai suami.
Jika difikirkan dari sudut positif, ini adalah kelebihan buat keluarga dan suami. Sebab isteri banyak membantu dalam meringankan beban ekonomi keluarga. Apa yang kurang isteri boleh tolong tambah serba sedikit.
Si suami pula tidak mengharapakan duit isteri, namum apa salahnya jika si isteri sudi bersedekah untuk kebaikan dan kebahagian keluarganya juga, semi kelangsungan kehidupan keluarga.
Namum berapa ramai suami yang berhadapan situasi begini yang mampu bersikap positif. Dalam duk cerita bab positif, bab negatif pun ada banyaknya juga.
Dari sudut negatif seorang suami yang rasa tercabar, kerana sebagai ketua keluarga dan seorang lelaki, dia tidak mampu menyara keluarga sepenuhnya, malah perlu mendapatkan bantuan isteri. Mungkin timbul sedikit rasa rendah diri dan rasa terhina apabila isteri asyik duk mengungkit.
Dari sudut negatif seorang isteri pula, mungkin dia merasa hebat dan megah kerana walaupun dia cuma seorang wanita, namum gaji dia lebih besar dan segala harta seperti rumah, barangan perabot, kereta mewah semuanya milik si isteri. Jadi rasa hormat dia kepada suami berkurang, malah tindak dianggap suami seperti ketua keluarga, malah lebih teruk si suami terpaksa mengikut sahaja apa keputusan isteri.
Lebih negatif adalah apabila si suami yang hanya tahu makan duit isteri. Duit gajinya diguni unutk joli sakan, duit isteri digunakan untuk belanja dirumah. Lelaki macam ni memang tak guna, sepatunya duit isteri hanya diguna pakai apabila si suami dalam keadaan sesak, poket dah kering. Tapi dia salah guna, tibai duit isteri dia pula.
Secara positifnya tiada salah isteri bergaji besar serta berjawatan besar, namum tanggungjawab sebagai suami isteri perlu dijaga.
Suami jangan harapkan duit isteri, tapi jadikan itu sebagai backup jika ada kecemasan atau duit belanja tidak cukup, maklumlah semua harga sekarang dah naik...inflasi..inflasi..
Isteri juga perlua tahu menghormati suami, walaupun gaji suami kecil, kerja biasa-biasa sahaja, tetapi di rumah suami tetap ketua keluarga, jangan pijak kepala suami.