
Flappi Bird merupakan game yang popular bagi pengguna Apple dan Android. Namum kini pencipta game ini sudah nekad untuk menarik balik game beliau daripada Apple and Android app stores.
Game ini dibuat oleh Dong Nguyen yang berasal daripada Hanoi, Vietnam. Game Flappy Bird dikatakan antara game yang paling sukar. Namum game ini berjaya meraih populariti yang cukup hebat, diluar jangkaan Dong Nguyen.
Bayangkan sehingga kini sudah lebih 50 juta kali game ini di muaturun oleh pengguna iOS serta Android di seluruh dunia. Dan game ini dikhabarkan mampu menjana $50,000 sehari hasil daripada pengiklanan.
Game popular ini juga dikatakan boleh mendatang tekanan kepada pemainnya, kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Kalau orang yang tak tahan sabar, ini boleh mendatangkan marah.
Antara komen yang menarik pasal penarikan balik game Flappy Bird ini.
"Imagine if (Mark) Zuckerberg walked away from Facebook just because it was hard," tweeted Dale Lavine of Hampton, Virginia.Walaupun Flappy Bird kiranya macam dah sampai ke penhujung, namum ia masih trending di Malaysia semalam mengalah Chelsea. Hebat betul penangan game orang Vietnam ini.
Namum begitu Dong Nguyen akan membuat game baru, sama-sama kita tunggu apakah game terbaru daripada beliau mampu memecah rekod game Flappy Bird.