
Pembayaran BR1M 3.0 atau Bantuan Rakyat 1 Malaysia akan dilancarkan pada 22 Feb 2014. Manakala di peringkat Parlimen pula akan dimulakan pada 23 Feb 2014.
Rezeki rakyat untuk tahun ini, dapatlah meringankan sedikit beban rakyat selepas ditimpa bermacam-macam kenaikan harga sejak kebelakangan ini.
Jangan membazir, dah dapat duit BR1M tu, janganlah duk belanja tak tentu pasal. Kalau boleh simpanlah, kalau rasa nak join SSP BSN pun okey jugak tu.
Pembahagian BR1M 3.0 untuk golongan pendapatan isi rumah RM 3000 dan kebawah akan mendapat bantuan sebanyak RM 650.
Bagi yang pendapatan isi rumah RM 3000 hingga RM 4000 akan diberikan bantuan sebanyak RM 450. Dan bagi induvidu (bujang) yang berpendapatan RM2000 kebawah pula mendapat bantuan sebanyak RM 300.
Semakan Status BR1M
Kepada makcik pakcik yang duk runsing takut tak dapat duit BR1M tahun ini. Mai pakat semak dengan membuat panggilan telefon ke Hotline LHDN 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 (waktu bekerja sahaja).
Sumber : Berita Harian