Musim persekolahan 2014 sudah bermula. Ibubapa pun mula sibuk dengan urusan pendaftaran anak ke sekolah. Lebih-lebih lagi bagi anak yang baru hari pertama menjejakkan kaki ke sekolah.
Bagi anak yang okey tak ada masalah tak mengapa, yang lecehnya apabila ada anak yang meragam serta menangis tak mahu di tinggalkan, itu yang susah tu buat ibubapa nak memujuk.
Aku tak pasti apakah ini satu kebetulan, semperna tahun 2014 yang tersepit ini. Ada beberapa gambar pelajar yang tersepit di kerusi di hari pertama persekolahan mereka.
Adakah budak ini panik atau rasa takut bila berhadapan dengan kawan-kawan yang ramai serta persekitaran yang baru. Ataupun budak ini terlebih nakal sampail boleh tersepit dicelah kerusi.
Pasti kisah mereka ini akan menjadi kenangan sampai bila-bila sebab, orang dah siap rakam gelagat mereka di hari pertama persekolahan.
Apa-apa pun kepada adik-adik yang baru masuk sekolah ini berlajarlah bersungguh-sungguh. Jangan jahanamkan kerusi sekolah tu yer...hahahaa