-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat Tahun Baru 2014Selamat tahun baru 2014, tutup sudah buku kisah 2013. Kini buka pula buku baru untuk teruskan perjalanan hidup. 

Dengan kisah yang baru, kenangan 2013 akan perlahan-lahan kita tinggalkan saat demi saat. Mungkin masih terasa hangatnya namum cabaran sedang menanti kita didepan.

Cabaran dan dugaan sentiasa ada, namum apalah kuasa kita untuk meramal apa yang bakal berlaku esok. Mahu atau tidak setiap dugaan yang datang kita tempuhi dengan tabah.

Azam tahun baru, ini selalu sangat diperkatakan setiap orang. Namum setiap tahun azam aku adalah sama, "aku mahu tahun baru ini akan lebih baik daripada tahun yang lepas", dalam semua perkara berkaitan kehidupan aku. Azam aku secara umum, tiada yang khusus.

Aku tidak suka letakkan satu target secara melulu. Namum aku akan mula tetapkan matlamat apabila ada peluang. Aku akan rebut peluang yang datang kepada aku dan aku akan berusaha untuk mencapai target itu.

Peluang apa? Apa-apa sahaja peluang yang aku rasa aku mampu lakukan serta menjadikan kehidupan aku menjadi lebih baik. Simple kan.

Bukan apa nanti apabila kita tiba dihujung tak adalah rasa kecewa sangat sebab tak capai apa yang di impikan. Betul tak?..hahaha..bukan tak bagus tulis azam besar-besar tampal dekat dinding. Itu semua cara kita masing-masing, terserahlah. Lain orang lain cara dia.

Rumusan aku ditahun 2013, tercapai sebab tahun lepas adalah lebih baik dari tahun sebelumnya, tahun 2012 aku berkahwin, dan pada tahun 2013 aku dapat menimbang cahaya mata yang pertama. 

Itu bermakna kehidupan aku ada peningkatan, walaupun duit poket aku dah semakin surut sebab dah bertambah seorang lagi tanggungan...hahaha..Jadi secara tak langsung azam ditahun 2014 adalah untuk mencari duit lebih untuk menampung pembelanjaan yang semakin meningkat ini.

Aku pun dah konfius sekarang ni, macam tu dikira azam jugak ke? sebenarnya azam ni macam mana beb? Ni aku malas cerita pasal azam ni. Pening aku dibuatnya. Cuba korang ceritakan pasal azam korang pulak, mana tau aku boleh tiru..hahaha..Salam maju jaya untuk semua.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail