Rotan adalah salah satu benuk hukuman yang dah sinonim dengan budaya orang kita. Sudah menjadi hukuman sejak dari zaman datuk neneka kita lagi.
Aku sebenarnya tertarik dengan isu warga kita yang telah didakwa di Sweden kerana merotan anaknya yang tidak mahu solat, rupanya di Sweden ada undang-undang yang tak menbernarkan ibubapa merotan anak.
Orang sebenarnya salah faham dengan hukuman merotan anak untuk mendidik ini. Niat kita bukan untuk mendera anak, tetapi ia bertujuan lebih kepada kesedaran dan pengajaran buat anak.
Jangan pula kita menghukum dengan kawalan emosi, lain pula jadinya. Ibubapa perlu sedar, niat merotan anak adalah untuk tujuan mendidik, jangan sampai anak tercedera akibat daripada hukuman kita itu.
Dan hukuman merotan ini biarlah padan dengan kesalahan anak. Mereka juga perlukan keadilan, jika sekadar kesalaha kecil, carilah hukumana lain yang lebih ringan.
Ada peringkat umur yang sesuai dilaksanakan hukuman merotan atau memukul anak ini, bagi pendapat aku diantara lingkaran umur 10 tahun hingga 15 tahun adalah yang paling sesuai kita menghukum anak kita dengan merotan.
Jika kurang berumur daripada 10 tahun, anak kita masih terlalu kecil. dan jika anak kita dah berusia 15 tahun keatas, aku rasa lebih baik kita mengajar anak kita lebih kepada berbincang dan nasihat seperti kaunseling, sebab dengan merotan bukanlah cara yang sesuai lagi untuk menghulum mereka yang dan berusia ni.
Sebenarnya hukuman merotan anak ini relevan sampai bila-bila, jangan terlalu dimanjakan anak-anak kita jika mereka melakukan kesalahan. Tetapi kena ingat ia bukan dengan niat mendera atau melepaskan geram, tetapi dengan tujuan mendidik dan untuk kesedaran buat anak-anak kita.