-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Merungkai Misteri Banglo Seksyen 2 Shah Alam

Merungkai Misteri Banglo Seksyen 2 Shah AlamKisah seram misteri Banglo seksyen 2 Shah Alam ini sudah lama berlegar-legar di alam siber, namum masih ada yang membacanya. Sehinggakan ada yang telah mengadaptasi kisah ini didalam sebuah drama Banglo Seksyen 2 dan juga dalam filem terbaru Rumah Sewa RM50.

Kisah ini hingga pernah menjadi viral di facebook, email serta blog dan tak ketinggalan di forum. Walaupun ada yang meragui kesahihan cerita ini, tetapi tahukah kita siapa penulis kisah ini dan dari mana kisah ini bermula?

Penulis kisah ini menggunakan id Mr.Q di forum Geng Cerita. Kisah ini bermula dari forum Geng Cerita, di board seram. Kisah seram itu telah dipost DISINI dan sambungan nya DISINI pada 9 Disember 2010. 

Namum penulis ini tidak pernah memuatnaik gambar rumah banglo tersebut. Dan aku tak dapat mengesan bagaimana gambar banglo itu mula tersebar. Namum begitu daripada gambar yang disebar ada beberapa persamaan, iaitu rumah banglo 2 tingkat, ada pokok ara besar dan dahannya mencecah tingkap rumah.

Dan ada juga yang cuba mengaitkan banglo itu dengan sebuah rumah yang cuba dijual di Mudah.my. Ini linknya http://www.mudah.my/Double+Storey+House+SS+2+Shah+Alam-13076699.htm. Namum iklan ini sudah tak ada lagi di Mudah.my.

Kisah tersebar secara meluas di internet serta dibawa dari mulut ke mulut, dan meletup pada tahun 2011. Lalu menarik perhatian wartawan terkenal, Mazidul Akmal Sidek serta 2 orang kru 666 untuk menyingkap kisah ini. Boleh rujuk artikel itu DISINI

Selepas itu ada pihak yang mendakwa pemegang amanah menjaga banglo itu telah menghubungi Mazidul memberi penjelasan berkenaan banglo itu, boleh rujuk artikel itu DISINI.

Walaupun tersebar luas namum ada juga yang meragui kisah ini. Ada ada penjelesan daripada tukang cerita kisah ini apabila ada yang mempertikaikan ceritanya. Yang ni aku copy sebijik daripada forum tersebut.

Ad gak laman sembang lain yg ak bc duk sibuk pertikai cerita ak ni. Ad kta cter ni x logik sbb
1. ms tu mn ad drama korea
2. kaya btol sbb ad dvd player n dvd 9
3. ak duk situ berbelas thn xpenah pon perasan ad org sewa uma tu....
4. kitorg kaya sbb ad hp
5. original writer cter ni nmnya Amir Azfar Adnan [ni ak bc dr bape2 blog la]

ok,ni jwpan ak. Oleh sbb Gc ni tmp 1st ak post cter ni,biar le org kt Gc ni tau dulu.

1. Ak ad ckp ke yg ak tgk drama MyGirl ms tu? xde kan. Apa yg nk dihairankan sgt ni. Drama korea bknnya after thn 2000 br ad kt M'sia ni. Yg drama-K yg bdk2 duk tgk skang ni drama da moden punye. Yg kitorg layan dulu drama old school punye, drama bdk pompuan main bola tampar [jepon] n drama perang korea.

2. Perasan ak,xde la plak ak cter yg kitorg tgk dvd guna dvd player atau kitorg beli dvd 9. [Dvd 9 tu ape?]

3. Kitorg msuk umah tu kalo x silap ak pg rabu n berambus dr umah tu khamis ptg. 2 hari 1 mlm aje. Rase2,ko perasan ke kitorg msuk umah tu?

4. Kitorg kaya sbb ad hp [handphone]? For info kt umah tu 4 org je yg ad hp. Jgn tnya ak mn diorg dpt duit nk beli hp tu [mybe diorg gn duit ptptn or Mara atau pau duit parrents diorg]. Lg satu yg ak pelik,hp ni dicipta thn 2061 ke? Hp br msuk m'sia thn lepas ke? cerita ni berlaku slps tahun 2000 ok.

5. original writer citer ni namanya "Amir Azfar Adnan". Last time ak check i.c ak, nama ak bkn Amir tp.........[rahsia]
Anda boleh baca sendiri apa yang mereka bincangkan di forum tersebut. Mr. Q pun dah lama tak update cerita dekat forum Geng Cerita, sejak daripada 2011 lagi. 

Namum begitu cerita beliau telah menjadi legend di dunia siber. Tak pasti pulak sama ada si penulis ni dapat royalti dengan penerbit drama dan filem berdasarkan kisah ini..huhuhu

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail