
Lelaki paling ramai dibenani hutang, mengapa? adakah lelaki kuat berbelanja atau boros, sehingga mengumpul hutang bertimbun.
Mengikut laporan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kewangan (AKPK) pada tahun 2013, golongan lelaki seramai 60,359 orang (65.3%) berbanding kaum wanita hanya 29,725 orang (32.1%) yang mendapatkan khidmat nasihat agensi tersebut.
Soal hutang ini bukan perkara main-main, silap langkah merana hidup. Bagi aku, kita patut fikir dua tiga kali barulah kita ambil keputusan untuk berhutang. Ikut kemampuan serta tidak akan membebankan kita suatu hari nanti.
Antara sebab popular orang Malaysia berhutang adalah untuk kegunaaan membeli rumah, membeli kereta, buat belanja kahwin, membiayai pengajian, guna kad kredit dan lain-lain.
Memang tak salah untuk kita berhutang, namum perkara utama yang patut kita fikir dahulu sebelum berhutang adalah, adakah kita benar-benar perlu untuk berhutang. Jika masih boleh dielakkan, kita elak terlebih dahulu. Cari altenatif lain.
Lagi satu, jika keadaan memang sangat terdesak, memang kita kena berhutang juga. pertimbangkan biarlah ia mengikut kadar kemampuan kewangan kita. Nak beli kereta mewah, tapi gaji ciput nak bayar bulan-bulan semput, bila nak bayar roadtax terus ke laut.
Antara faktor yang membawa kepada masalah kewangan menurut AKPK adalah:
1. Kelemahan dalam merancang kewangan (22.8%),
2. Kos perubatan tinggi (18.1%),
3. Kegagalan atau kelembapan perniagaan (15.2%),
4. Penggunaan kad kredit (11.1%)