-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Lelaki Lebih Pelupa Daripada Wanita

Lelaki Lebih Pelupa Daripada Wanita
Betul ke lelaki lebih pelupa daripada wanita? Ini bukan aku yang cakap yer, tapi menurut kajian Pusat Bio-Perubatan Psikologi, (BMC Psychology) di Los Angeles.


Secara jujurnya aku macam hendak setuju dengan hasil kaji selidik ini. Sebab apabila bini aku suruh pergi pasar atau pasaraya untuk beli barang, aku akan suruh dia buatkan senarai barangan yang perlu dibeli.

Sebabnya pernah sekali, sebab terlalu nak cepat aku pergi beli barang tanpa senarai yang bini aku buat. Aduyai, sampai 2 kali aku kerna pergi kedai sebab terlupa beli barang yang dia nak untuk masak. Jadi ada betulnya juga kajian itu.

Lagi satu, ini hal yang selalu orang lelaki terlepas pandang (terlupa). Pasal tarikh, ada beberapa kali juga bini pernah tanya aku, tarikh kami mula-mula bertemu, tarikh kami bertunang, tarkih kami berkahwin dan macam boleh diagak cuma tarkih kahwin je aku ingat itu pun silap tarikh, cuma betul tang bulan dan tahun je..hahaha..kantoi beb. (nak kena pujuk pula tu)

Yang paling teruk dia pernah tanya warna baju yang dia pakai semasa frist time kami dating, memang tepuk dahi der nak jawab.

Aku tak tau nak kata aku ini pelupa atau tak cakna pasal peristiwa penting dalam hidup. Sebab kadang-kadang nak tiba hari lahir aku pun boleh tak perasan.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail