Cuba tengok sebelah mana korang sarungkan cincin? Di tangan kanan atau kiri? Sebelah mana korang pakai jam tangan? Kalau aku selalunya cincin dan jam, aku pakai sebelah tangan kiri.
Tapi pernahkah kita tengok si tangan kanan mengeluh atau merasa dengki dengan tangan kiri, sebab selalu dipakaikan cincin yang cantik atau jam yang mahal.
Atau si tangan kiri mengeluh sebab kita selalu utamakan tangan kanan apabila hendak menyuap makanan yang sedap-sedap. Selepas makan dan kenyang, bahagian yang "tak best" tangan kiri yang menjadi mangsa.
Ada masanya tangan kana dan tangan kiri dapat bekerjasama dengan baik. Walaupun masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Ada yang gagah dan ada yang kekok, namum apabila mengangkat barang yang berat, mereka boleh lakukan bersama.
Dan lebih menarik cara mereka bekerjasama adalah apabila kita memandu kereta. Tangan kanan boleh memegang stereng bukan, begitu juga tangan kiri. Akan tetapi cuma tangan kiri sahaja yang bekerja untuk menukar gear. Tetapi tangan kiri tak pernah pula mengeluh asyik-asyik dia sahaja yang perlu buat kerja menukar gear.