Kecoh tadi dekat facebook pasal seorang wanita kehilangan wang sebanyak RM2000 selepas beliau tertinggal kad ATM di mesin tersebut disebuah bank.
Al-kisahnya, Puan Sanizabri Nurul 'Ain tertinggal kad ATMnya pada mesin ATM. Selepas beliau tiba dipejabat, baru beliau sedar. Apabila membuat semakan, RM2000 telah lesap daripada akaun bank beliau.
Susulan itu beliau terus membuat laporan polis dan kembali ke bank tadi. Selepas melihat rakaman cctv, suspek yang disyaki adalah 2 orang gadis yang sedang tersenyum selepas mencuri wang itu.
Inilah gambar suspek yang dipecayai telah mencuri wang sebanyak RM2000 itu. Jika sesiapa yang ada maklumat bolehlah membuat aduan kepada polis untuk tindakan.
Daripada kisah puan tadi, kita sedar itu berpunca daripada kesilapan diri sendiri, kerana lalai. Namum tindakan 2 orang gadis ini pula adalah tindakan yang tak bertanggungjawab, itu adalah perbuatan mencuri, gelap mata beb dengan duit.
Dan kepada kita semua juga, sila berhati-hati sentiasa semasa menggunakan mesin ATM. Ada orang sentiasa mencari peluang, jika kita lalai dan tersilap langkah, mungkin kita adalah mangsa seterusnya.