-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Ada Lagi Rupanya Panggilan Kecemasan Palsu

Masa aku budak-budak dulu selalu keluar iklan pasal panggilan palsu. Mesti ada yang masih ingat. Aku tak pasti sekarang, masih ada atau tidak iklan pasal kesalahan membuat panggilan palsu ini.

Sebenarnya membuat panggilan kecemasan palsu ini adalah satu perbuatan yang salah, menyusahkan orang. Bukan untuk dibuat bergurau dalam bab kecemasan ini. Adik-adik jangan dibuat perkara macam ini yer.

Namum sebenarnya, aku sendiri semasa kecil pernah terjebak dengan aktiviti membuat panggilan palsu ini. Ya memang betul, sekarang aku dah menyesal okey, dah insaf tak nak buat lagi..hahaha.

Masa budak-budak dulu, mana ada handphone sama macam sekarang, telefon rumah pun masa tu ayah aku tak appy lagi dengan Telekom. Yang selalu aku guna adalah telefon awam. 

Aku pada masa kejadian dalam darjah 5 kalau tak silap aku. Iyalah, budak-budak, mana ada awek nak call. Tapi terasa gatal juga nak guna telefon, itu yang menyalahgunakan telefon awam untuk buat panggilan palsu. Dengan akal yang pendek aku terus dail 999. Cakap rumah terbakar, tapi bila dia tanya dekat mana, aku terus letak.

Masa tu aku budak-budak, cuma tahu nak bermain suka-suka je, tak fikir akan menyusahkan orang dengan perbuatan yang tak bermoral aku itu. Nasib baik aku tak kena tangkap. 

Zaman sekarang handphone dah bersepah budak-budak pakai, lagi teruk lah aku rasa aktiviti panggilan palsu ini berleluasa. Sedangkan zaman aku guna telefon awam pun dah banyak kes panggilan kecemasan palsu.
Kira-kira 99 peratus daripada 2.8 juta panggilan kecemasan atau 28,000 panggilan orang awam setiap bulan adalah palsu, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail