Menjana pendapatan melalui blog bukan perkara baru. Ada begitu banyak tawaran daripada syarikat pengiklanan untuk para blogger menjana pendapatan. Namum sebagai orang muslim, dalam konsep mencari rezeki, soal halal dan haram itu juga perlu diambil berat.

Salam Media sebuah syarikat pengiklanan terbaru yang menawarkan perkhidmatan berunsurkan islamik. Jadi kepada blogger muslim tidak lagi perlu risau akan soal halal atau haram pendapatan melalui blog lagi.
Salam Media akan memastikan tiada iklan yang berunsur haram seperti arak atau iklan lucah serta iklan yang memaparkan wanita seksi.
Namum cara Salam Media ini juga berbeza kerana ia lebih menekankan kepada iklan dalam bentuk penulisan iaitu iklan advertorial.
Selain daripada medium blog, kita juga boleh menggunakan facebook, twitter dan instagram untuk menjana pendapatan melalui Salam Media ini. Jadi ia tidak terhad kepada blogger sahaja.
Jadi kepada mereka yang mempunyai teknik penulisan yang baik serta mampu menarik perhatian amat sesuai menyertai Salam Media ini. Ia bukan sahaja soal populariti tetapi lebih kepada kualiti penulisan kita.
Namum ada satu sahaj lagi pesanan, walaupun iklan sudah halal tetapi cara kita untuk dapatkan duit juga perlu betul dan tidak menyimpang. Jangan ada unsur penipuan dalam kita mengejar duit tak kira dimana-mana medium pengiklanan sekalipun.
Tanpa was-was anda boleh daftar disini sekarang.