Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Nilai Sebentuk Cincin

Cincin adalah satu perhiasan atau aksesori tambahan sebagai penyeri buat manusia. Ada yang mahal dan murah nilainya, bergantung kepada material serta keunikan rekabentuk cincin tersebut.

Cuba bayangkan kita pergi ke sebuah kedai emas untuk melihat cincin. Semuanya rapi dipamerkan didalam kotak kaca. Ia dijaga rapi, agar tidak ada orang yang boleh menyentuhnya sesuka hati. 

de beers platinum, round brilliant

Ada halangan yang menghalang kita dari menyentuh cincin itu. Kerana cincin tersebut sungguh bernilai. Kalau tak cukup duit cuma boleh pandang dari jauh aje la jawabnya.

Barang baik lah katakan, mana boleh bagi sesuka hati orang asing boleh menyentuhnya. Memanglah takkan luak. 

Tapi takut lusuh pula kilauannya kalau asyik ada orang pegang tapi tak pula membelinya, dah satu kerja kena polish balik.

p/s: Lama betul tak menulis, bukan berehat tetapi gua dipaksa berehat kerana PC gua tak berapa nak sihat, kisah cincin itu bukan sebarang cincin, cuba baca balik dan gantikan bayangkan 'cincin' itu dengan perumpamaan seorang wanita.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail