-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Hujan Oh Hujan

Hujan turun membasahi bumi nan indah. Hujan sungguh menyejukkan. Hujan lebat dua tiga hari ini tandanya musim tengkujuh dah tiba.

Sejak semalam hujan masih tak berhenti sehingg ke saat aku sedang menulis sekarang. Malam tadi tidur aku agak terganggu, walau ada orang cakap syok tidur kalau hujan begini.

Namum kalau rintik hujan padu bersama deru angin kencang. Tak kuasa mata aku nak melayan kerenah mimpi. Aku tidur sekejap-sekejap sahaja. Setiap kali aku bangun aku jenguk ketingkap.

Mana la tau air bah sudah tiba.Walau jiran aku cakap kawasan taman kami tak pernah banjir.

Hujan Oh Hujan

Angin yang bertiup kencang juga merisaukan. Atap zink parkir kereta aku pun goyang dibuatnya. Nasib baik tak tercabut.

Dalam kesejukkan subuh pagi tadi. Aku tetap kentalkan diri untuk mandi jam lima pagi. Mujur ada kopi air tangan isteri memanasan diri dari dalam.

Dalam cuaca begini juga. Kadang kala membuat kita terkenang memori zaman budak hingusan. Musim hujan tak sah kalau aku tak pergi memukat ikan.

Kalau anda biasa datang ke pantai timur dimusim tengkujuh. Barulah anda tau macam mana rasa tak dapat tengok matahari. Sampai sehari suntuk tak melihat sinarnya. Malah ada sampai seminggu pancaran matahari tak kelihatan.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail