Baru-baru ini Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta agar pihak kerajaan memberi Elaun Sara Hidup (COLA) sebanyak RM 300 kepada lebih 10 juta pekerja swasta, bagi meringankan beban dengan situasi peningkatan kos sara hidup.
Sebelum ini hanya kakitangan awam sahaja yang menikmati Elaun COLA ini, namum nilainya tidak samarata disemua kawasan. Dikawasan bandar utama menerima RM300, ada yang menerima RM250 serta dikawasan pendalaman menerima hanya RM150.
Tidak pasti MTUC ini minta kerajaan atau pihak majikan swasta untuk membayar Elaun COLA ini. Jika MTUC meminta kerajaan yang membayarnya, rasanya tak akan tercapai permintaan ini. Sedangkan apa yang diminta oleh CEUPACS pun susah untuk pihak kerajaan tunaikan.
Adakah dengan Elaun COLA ini akan menurunkan kos sara hidup yang kini semakin meningkat. Jika harga barangan turut sama naik dengan pemberian elaun ini, maka ianya tak memberi makna untuk meringakan beban rakyat. Bagaimana pula dengan nasib rakyat yang bekerja sendiri seperti petani, penoreh getah dan sebagainya.