-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Banjir Oh Banjir

Tak disangka-sangka dari rentetan entri hujan oh hujan membawa kepada kisah banjir terburuk dalam sejarah hidup aku. Sepanjang perjalanan hidup aku tak pernah lagi melalui peristiwa banjir sebegini.

Pagi itu aku turun seperti biasa untuk ke tempat kerja. Memang hujan pagi itu, tapi aku tetap nekad pergi kerja tanpa terlintas lansung difikiranku bahawa banjir akan melanda.

Lebih kurang pukul 11 pagi, kawan aku sudah kecoh cakap air sudah naik dibeberapa jalan, dan laluan aku untuk pulang juga sudah ditenggelami air. Jadi tanpa rasa ragu dan was-was aku terus minta izin untuk pulang ke rumah. Namum aku hanya dibenarkan balik selepas pukul 1. Kiranya aku terpaksa half day.

banjir besar kemaman 2013

Aku terpaksa mengambil jalan jauh untuk pulang. Sebab jalan biasa aku guna telah ditenggelami air. Buat masa itu apa yang aku fikir hanyalah untuk selamat sampai ke rumah. Namum tak di sangka-sangka, dipertengahan jalan, jalan ini tak pernah di naiki air setahu aku.

Tapi hari itu semua kenderaan ringan tak mampu untuk melepasinya, hanya lori dan bas sahaja yang aku tengok dengan jayanya meredah air sampai ke sebelah sana.

Dalam hati aku mulai cuak, namum besar harapan air ini melimpah sekejap sahaja, mungkin dalam 2 atau 3 jam lagi air akan surut.

Namum dalam masa aku masih menunggu air surut, aku pun tak pasti berapa ramai yang sudah terkandas di laluan itu, semuanya parkir kereta dibahu jalan dan tak kurang juga yang patah balik.

Destinasi aku adalah ke depan, aku nak patah balik ke mana, keluarga aku ada di sana. Setelah 3 jam berlalu, keadaan air masih sama, tak surut juga. Waktu itu seingat aku dalam pukul 6.45 petang.

Aku pun mencuba gunakan jalan altenatif, setahu aku jalan itu sudah pasti akan di naiki air, namum dalam hati aku berdoa agar airnya tak sedalam di laluan tadi.

Sesampai di laluan altenatif itu, betul jangkaan aku, air sudah melimpah, tapi tak berapa dalam, jadi dengan nekad aku redah air banjir itu. Fuh lega, dah lepas, namum tak sampai 500 meter aku memacu kereta aku.

Ada lagi rupanya kawasan jalan yang dinaiki air, kali ini lagi dalam dari yang sebelum tadi, Semua kenderaan ringan sudah parkir dibahu jalan, jadi aku pun terpaksa mengalah, kalau ada yang berani redah air itu hanyalah kereta 4WD dan kenderaan berat sahaja.

Hari semakin gelap, jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Keadaan air masih tetap sama dan belum surut lagi. Tanpa payung aku keluar dari kereta, untuk tinjau keadaan, sempat erborak dengan beberapa lagi mereka yang juga tersekat di situ.

Selepas hampir pukul 8 lapan aku beborak, air maish juga belum surut. Disebabkan hujan kembali lebat, aku pun berlair masuk ke kereta semula.

Pukul berapa baru air nak surut ni bisik hati aku. Risau juga rasanya memikirkan keadaan anak bini aku di rumah. Tanpa berfikir panjang aku pun rendah seat kereta rasa nak lena sekejap.

Dalam mamai itu akau dapat rasakan hujan semakin lebat. Tujahan air padu ke atas bumbung kereta aku.

Aku tersedar dah hampir pukul 10 malam. Air dah surut sedikit tapi masih belum ada yang berani redah air banjir tersebut. Jadi aku ambuil keputusan sambung tidur balik. Sambil ambil modd hendak tidur, aku mengelamung buat seketika.

Dalam pukul 3 pagi aku tersedar. Cuma tinggal beberapa buah kereta yang masih parkir bersama aku. Air dah surut dan banyak kenderaan sudah boleh melalui lalulaun itu.

Aku pergi bertanya ada seorang pakcik tu yang sedang memerhatikan air di situ. Dia kata air dah surut ke paras lutut. Boleh dah nak lalu ni, pandu kereta perlahan-lahan katanya.

Aku pun nekad hendak redah juga air itu, dengan penuh rasa tawakal aku redah air setinggi paras lutu itu. Dengan gear dua, tekan pedal minyak pun perlahan-lahan. Dalam keadaan itu bermaca-maca rasa ada, takut-takut kalau kereta aku mati dalam air itu. Selepas hampir 50 meter meredah air, aku berjaya juga melepasi halangan itu, syukur.

Rasanya dah tak ada kot kawasan jalan yang ditenggelami air selepas ini dalam fikiran aku. Tetapi nyata telahan aku jelas silap. Ada lagi rupanya. Tapi kali ini aku nekad untuk redah. Agak dalam juga. Aduyai, apa lah nasib aku ni. Dan aku berjaya juga kali ini.

Aku teruskan lagi perjalanan aku. dengan harapan tak ada lagilah kawasan jalan yang ditrenggelami air. Aku semakin hampir unutk pulang ke rumah, dalam masa 10 minit lagi jarak masanya aku akan sampai ke destinasi. Namum pergerakan kereta di depan mulai perlahan. Dan semua kereta sudah mulai masuk ke kawasan R&R. Rupanya kawasan itu juga di naiki air. sedangka disitu tak pernah-pernah banjir.

Di kawasan inilah juga kisah Mat Said menjadi Robin Hood membuka lori roti gardenia. Namum aku tak ada semasa kejadian Mat Said itu, sebab aku lebih awal tiba di sini.

Aku dah tak tahu berapa kali aku terpaksa meredah air. Inikan pula, cuma 10 minit lagi aku akan sampai di rumah. Dan akhirnya aku terpaksa menunggu sehingga hampir 5 jam unutk air itu surut. Dalam pukul 12 tengahari barulah aku dapat pulang ke rumah.

Dan air di kawsan rumah aku sudah pun mencecah kaki lima. Nasib baik bini aku sudah pun bersiap sedia unutk berpindah. Namum disebabkan aku diperngaruhi jiran sebelah rumah aku yang cakap disini tka pernha banjir, mungkin air akakn surut sekejap lagi. Jadi aku tunggu sampai petang, bekalan eletrik sudah di tutup.

Dalam pukul 7, air semakin naik, porch rumah aku sudah tenggelam. Tapi air banjir belum masuk ke dalam rumah aku. jadi aku membuat keputusan untuk berpindah dengan bini aku, dan jiran sebelah rumah pun ikut sekali, dari tadi aku jaka pindha dia cakap tunggu. Kereta awal-awal aku dah alih ke tempat yang tinggi.

Jambatan sungai limbong kemaman runtuh 2013

Dengan ihsan jiran aku, lima hari aku menumpang di rumah emak jiran aku tadi, di tengah-tengah bandar, kawasan itu tidak dinaiki air. Selang beberapa jam kami berpindah, dalam pukul 11 malam jambatan Sungai Limbong, Kemaman runtuh. dan memutuskan terus perhubungan di bandar Kemaman

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail