Apabila rakyat mulai kecoh berkenaan peningkatan kos sara hidup. Rakyat terpaksa bekerja lebih keras dan berjimat cermat apabila berbelanja, untuk menampung hidup yang semakin mencabar.
Kini tiba giliran di pihak kerajaan untuk berjimat cermat. Ada 11 langkah diumumkan PM bagi mengurangkan kos pembelanjaan sektor awam.
1. Elaun Keraian menteri dan timbalan menteri akan dikurangkan sebanyak 10%. Berkuatkuasa 1 Januari.
2. Elaun keraian dikurangkan dari 5% hingga 10% bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.
3. Pengurangan kemudahan tol sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30% bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama.
4. Kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektro domestik bagi Gred Jusa C ke bawah dipinda kepada Kelas Ekonomi.
5. Kos utiliti elektrik dikurangkan sebanyak 5% di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
6. Serta permohonan baru pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan akan dibekukan.
7. Pengunaan ruang pejabat dioptimumkan bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.
8. Perlantikan juru runding untuk projek-projek fizikal kerajaan diperketatkan
9. Turut dikurangkan kos adalah penggunaan syarikat pengurusan acara, pemberian saguhati atau cenderamata untuk pengajuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
10. Kos penyediaan makanan dan minuman turut dikurangkan disamping mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus,bengkel atau semua acara rasmi kerajaan.
11. Akan mengaplikasikan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan optimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.
3. Pengurangan kemudahan tol sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30% bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama.
4. Kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektro domestik bagi Gred Jusa C ke bawah dipinda kepada Kelas Ekonomi.
5. Kos utiliti elektrik dikurangkan sebanyak 5% di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.
6. Serta permohonan baru pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan akan dibekukan.
7. Pengunaan ruang pejabat dioptimumkan bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.
8. Perlantikan juru runding untuk projek-projek fizikal kerajaan diperketatkan
9. Turut dikurangkan kos adalah penggunaan syarikat pengurusan acara, pemberian saguhati atau cenderamata untuk pengajuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
10. Kos penyediaan makanan dan minuman turut dikurangkan disamping mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus,bengkel atau semua acara rasmi kerajaan.
Agak-agak berapa jumlah yang mampu dijimatkan daripada 11 langkah yang akan dilaksanakan tahun depan ini. Lagi bagus rasanya kalau Elaun Keraian itu dikurang lagi banyak...hehehe