-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Semangat Kerjasama

Apa yang penting? Kerjasama! kata perpatah orang dulu-dulu bersatu teguh bercerai roboh. Semangat kerjasama begitu ditekankan dalam masyarakat kita dulu-dulu.

Gotong royong begitu sebati dalam jiwa bangsa Melayu. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Orang dulu-dulu, jika ada apa kerja yang berat atau memerlukan tenaga yang ramai, gotong royong diadakan bagi meringankan beban, dan bergilir-gilir jika orang lain pula yang memerlukan pertolongan.


Bayangkan orang dulu-dulu nak pindah rumah, bukan sahaja tuan yang berpindah, tetapi dengan rumahnya turut dipindahkan sekali, dengan semangat kerjasama sebuah rumah pakat diusung beramai-ramai ketapak yang baru. Bukan ringan tu bro.

Kalau zaman sekarang, memang tak lah jawab nyer, siapa mahu usung rumah flat atau rumah banglow 2 tingkat tu. Agak-agak la brader nak ajak gotong royong pun..hahaha.

Apabila ada majlis kenduri-kendara, saudara mara, jiran tetangga, duk pakat-pakat berkumpul, nak siapkan lauk pauk untuk hidangan. Ada orang sebut rewang.

Zaman sekarang ni, dah nak semakin susut orang nak buat cara macam ni. Katering ada berlambak, tunggu dipilih je nak menu apa? untuk berapa kepala? setuju? hulur bayar duitnya.

Sebenarnya bukan apa, dalam kita melakukan kerja dengan semangat kerjasam berkumpulan ini. Ada berkatnya, sikit sorang dapat merasa susahnya. Kalau berat tak ada la terasa bebannya sangat. 

Jom layan video ni, menceritakan apa faedahnya ada semangat kerjasama.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail