Rahsia disebalik duit One Dollar Amerika. Aku tahu ada ramai yang suka dengan teori konspirasi dan segala macam teori tentang setiap peristiwa yang berlaku di dunia. Sebabnya itu adalah sifat semulajadi manusia, iaitu sifat ingin tahu yang mendalam.
Bagi yang suka berfikir melebihi daripada orang lain, mereka lebih maju. Bagi yang malas berfikir, hidupnya terus berada dibawah tempurung.
Namum ada juga yang terlebih fikir, dengan menkaji perkara-perkara pelik dan tak masuk akal. Ada yang berfikir berlandaskan fakta, dan ada juga yang berfikir berdasarkan khabar angin dan imaginasi semata-mata.
![]() |
Duit One Dollar Amerika yang dikaitkan dengan teori konspirasi. |
Salah satu info yang tak pernah surut di sebarkan di internet adalah teori konspirasi seperti freemason. Bermacam-macam cerita dan info yang bertebaran di alam maya. Dan dengan sifat ingan tahu tadi membuatkan ramai juga yang tercari-cari informasi seperti ini.
Bagi pendapat aku tak salah untuk membaca segala maklumat seperti ini. Tetapi jangan terlalu taksub, cuba kaji dan cari kebenarannya terlebih dahulu. Jangan telan bulat-bulat segala maklumat tersebut.
Sebagai contoh cuba korang kaji gambar-gambar dibawah ini.
Hehehe..jangan marah yer kepada pengkaji-pengkaji teori konspirasi. Saje je nak gurau-gurau kan barulah hidup ni ceriakan. Tak salah pun kepada yang nak mengkaji, tapi cubalah beri fakta yang kukuh serta bukti yang sahih. Akhir kata selamat berkonspirasi kepada semua.