-->

Create Blogger AMP HTML template install & download Accelerated Mobile Pages themes for Blogspot platform.

Masakan Yang Paling Sedap di Dunia

Masakan yang paling sedap didunia, tak payah tanya aku sudah tahu jawapannya, iaitu masakan emak kita kan. Aku yakin pasti semua orang akan cakap macam tu.

Walaupun kita pernah makan masakan daripada restoren atau hotel 5 bintang sekalipun, tetapi tetap tak boleh lawan masakan emak kita. Walapun dimasak oleh chef terkenal sekalipun, tetap emak kita jugak yang menang...huhuhu

Sejak dari kecil kita dibesarkan dengan air tangan emak kita. Walaupun menu hidangan yang emak masak, sederhana cuma, namum tekak kita tetap berselera untuk menikmatinya.

Dapur kayu - Masakan Yang Paling Sedap di Dunia
Gambar Ihsan Google Image.
Namum aku rasa tak semua daripada korang ni, pernah merasa masakan yang dimasak daripada dapur dalam gambar ini. Tetapi aku pernah, semasa kecil, aroma ini akan semerbak di dalam rumah aku apabila emak aku sedang menyiapkan hidanagn buat santapan keluarga kami.

Jika minum air kosong, aku dapat menbezakan, air mana yang direbus menggunakan dapur kayu yang mana guna dapur gas, rasanya jauh berbeza. Ia ada rasa yang tersendiri.

Aroma masakan juga berbeza, jika memasak menggunakan dapur kayu. Harumnya lebih sedap dan menyelerakan bagi aku. Rasanya pun ada berbeza berbanding masakan menggunakan dapur gas.

Bau asapnya itu bagi aku ada sentimental value orang putih cakap. Sebab bila aku terbau asap semacam itu, aku akan terimbau kembali, masa aku kecil dulu.

Jom DISQUS... expand_more

Komen dengan Google+ expand_more

Komen dengan Facebook expand_more

mail